Translate

Tuesday, 16 July 2013

Alvin Tan dan Vivian Lee Kecut Perut Terima Ugutan Bunuh



Alvin dan Vivian
Pasangan porno murahan, Alvin dan Vivian dikatakan menerima ugutan bunuh sejak poster mereka menghina umat Islam di facebook menjadi topik hangat sejak beberapa hari lalu.
Disebabkan terganggu dengan situasi itu, kedua mereka meluahkan permohonan agar dan merayu simpati agar tindakan ugutan itu dihentikan.
Sesiapa yang menghantar ugutan bunuh kepada kami melalui sistem pesanan ringkas (SMS), tolong hentikan. Kami makan tak lalu, tidur tak lena, mandi pun tak basah… mercy please, terima kasih,” katanya.
tweet merayu
Luahan dibuat kedua pasangan berkenaan melalui akaun Twitter mereka.
Mungkin disebabkan ugutan itu kedua mereka diiringi polis ketika meninggalkan bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur malam tadi.
Sementara itu, tinjauan Mynewshub di Facebook juga turut menemui posting provokasi yang mencadangkan agar kedua mereka dibunuh.
bunuh alvin
Ugutan ini datang hampir serentak dengan kejadian seorang remaja Cina dibogelkan kerana dikatakan bertindak menghina orang Melayu dan Islam di Selangor.
Pasangan Alvin dan Vivian dipanggil ke SKMM pukul 10.45 pagi semalam untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa” yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.
Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)”.
Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang mana babi merupakan ramuan utama. 
Sumber – Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More