Translate

Wednesday, 15 May 2013

Gambar: Kekasih Baru Fauziah Latiff?

Lama ‘kan tidak kita dengar kisah terbaru Fauziah Latiff. Beberapa hari lalu, penyanyi juga pelakon ini mengirimkan dua keping gambar ke laman sosial Instagram yang menjadi asas gossip ini hari ini. Dua keping gambar tersebut menunjukkan Fauziah Latiff bersama seorang jejaka yang salah satu gambarnya datang dengan caption Soulmate dan ini menimbulkan spekulasi di’kalangan peminat yang melihat. Tidak dapat di’kenalpasti siapakah gerangan lelaki di’samping Fauziah Latiff ini tetapi dalam kedua dua gambar mereka tampak bahagia bersama. Peminat yang melihat gambar itu di Instagram juga meninggalkan komen positif mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain ramai yang gembira Fauziah Latiff sudah bertemu seseorang yang boleh di’gelar soulmate. Hujung Disember tahun lalu, Fauziah Latiff tampil menafikan yang beliau sudah berkahwin secara senyap senyap dengan seorang lelaki bergelar VIP selain berkata selesa hidup solo ketika itu

Eina Azman Beri Tempoh Tujuh Hari Untuk Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Dalam isu keluarga Afiq Muiz yang menghiasi kebanyakkan media hari ini, nama Eina Azman pasti tidak ketinggalan kerana beliau di’dakwa sebagai punca pergolakan antara Afiq Muiz & keluarganya. Pada sidang media bersama Afiq Muiz semalam, Eina Azman kesal yang namanya telah dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. “Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri” “Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu & adik-adiknya” Untuk itu, Eina Azman memberikan tempoh seminggu kepada ibu Afiq Muiz untuk memohon maaf secara terbuka melalui media dan boleh menerima semula Afiq Muiz sebagai anaknya untuk tidak memanjangkan cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More