Translate

Sunday 28 July 2013

'Bayi tersepit mesin kuih'...


Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini, pasti ramai yang sudah membaca berita 'Bayi tersepit mesin kuih'...kesian saya tengok bayi yang baru berusia setahun tu..memang malang tidak berbau..nasib baik anak kecil itu tidak cedera teruk..
Keadaan Mohd Uqshah tersepit

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai. 

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu. 

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.

“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. 
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

P/s: Ini adalah salah satu dilema yang dialami oleh kebanyakkan ibu bekerja..terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Kerana tidak mampu membayar pembantu atau penjaga bayi atau tidak mampu menghantar ke taska, maka ramai yang membuat keputusan untuk membawa saja anak mereka bersama ke tempat kerja...

Harap pekerja dan majikan akan lebih prihatin dan berhati-hati tentang masalah ini pada masa akan datang...mungkin majikan perlu sediakan bilik khas mini taska..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More