Translate

Sunday 28 July 2013

Ekor dinosaur 72-juta tahun dijumpai di utara Mexico


Ekor sepanjang 5 meter itu merupakan yang pertama sepertinya di Mexico.

Fosil ekor dinosaur dipercayai daripada keluarga Hadrosaur.
  • Ditemui sekumpulan ahli paleontologi di sebuah gurun di utara Mexico seperti yang dilaporkan oleh National Institute for Anthropology and History (INAH).
Inilah contoh kepala 6 ekor Hadrosaur. Mereka berparuh dan tidak bergigi. Memanglah paruh mereka tak nampak keras macam paruh itik. Tapi kalau tiada gigi tu dikira berparuh la tu, kan? 
Chasing the Raptor: Hoots, Honks and Bellows
  • Ekor itu terpelihara baik dalam bentuk fosil.
  • Pasukan itu terdiri daripada ahli paleontologi INAH dan mahasiswa National Autonomous University of Mexico (UNAM).
  • Ekor itu dikenalpasti sebagai milik Hadrosaur, atau dinosaur berparuh itik.
  • Dijumpai berhampiran pekan kecil General Cepeda, dipercayai separuh daripada panjang dinosaur tersebut, bermakna dinosaur itu mungkin sepanjang 10-meter. Dijangka dinosaur itu sepanjang 12-meter dan masih tertanam di kawasan itu.
  • Mereka menjumpai 50 vertebrae ekor itu bersambung sempurna selepas 20 hari mengangkat batu sedimentary yang membungkus tulang itu secara perlahan-lahan.
  • Ekor dinosaur amat jarang dijumpai. Penemuan terbaru ini akan memberi lebih petanda kepada keluarga hadrosaur dan kepada kajian berkaitan penyakit tulang pada dinosaur. Tulang dinosaur dikatakan serupa dengan tulang manusia.
  • Bahagian dinosaur telah ditemui di banyak tempat di Coahuila, menyertai negeri-negeri padang pasir di utara Mexico.
"Kami kaya dengan sejarah paleontologi" - Francisco Aguilar, pengarah INAH.
  • Aguilar memaklumkan bahawa semasa zaman Cretaceous, yang berakhir 65 juta tahun lalu, kebanyakan utara tengah Mexico merupakan kawasan pantai. Keadaan ini membolehkan dinosaur darat dan laut ditemui di sana.
  • Penemuan itu dilaporkan kepada INAH oleh penduduk tempatan pada Jun 2012. Proses penggalian bermula awal bulan ini selepas pemeriksaan awal. Ekor itu akan dipindahkan ke General Cepeda untuk pembersihan dan kajian lanjut.

Tedi perolehi berita ini daripada sumber-sumber berikut:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More