Translate

Monday 29 July 2013

Gambar dan punca pengasas AmBank Group ditembak mati




Gambar dan punca pengasas AmBank Group ditembak mati - Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi selepas beliau ditembak mati kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta berdekatan kuil di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Hussain, 75, difahamkan sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya sebelum seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan, lapor news abnxcess.

Beliau mati serta-merta di tempat kejadian selepas bahagian dada dan rusuknya terkena tembakan manakala isterinya, Cheong Mei Kuen, 49, cedera teruk dilanggar di bahagian tangan.

Selain individu yang menembak mati mangsa, terdapat dua lagi rakan lain yang turut terlibat sama. Mereka dikenalpasti menaiki sebuah teksi Proton Waja berdasarkan Kamera litar tertutup di tempat kejadian itu.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More