Translate

Thursday 1 August 2013

Bahaya Dia Ini Tidur Bogel.. Anjing Baham Zakarnya


Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat. Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.

Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya. Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan. Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.
“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More