Translate

Wednesday, 24 July 2013

3000 wanita Tokyo rela tubuhnya dijadikan tempat ikla




 Tokyo - Tak cukup billboard, sepanduk dan poster di pinggir jalan, tubuh wanita pula menjadi sasaran pengiklan. Ketika ini, ribuan wanita di Tokyo menjual kulitnya sebagai tempat iklan berjalan bagi banyak syarikat.

Sebuah agensi iklan di Jepun bernama WIT melancarkan kempen yang luar biasa. Caranya dengan meletakkan iklan pada paha wanita. Menurut CEO, Hidenori Atsumi, kaedah ini dianggap sebagai penempatan produk yang sempurna kerana paha merupakan bahagian tubuh yang ingin dilihat orang lain dan para wanita mahu mempamerkannya.

Strategi ini telah menarik lebih daripada 3,000 wanita di Tokyo berusia 18 tahun ke atas yang mahu memakai skirt mini dan sarung kaki panjang untuk menarik perhatian. Cara ini seolah-olah berkesan menarik populariti produk di tengah bandar seperti Tokyo yang sering dibanjiri iklan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More