Translate

Monday, 22 July 2013

Gosip Hangat Terkini: Pekin Ibrahim - Uqasha Senrose Putus Cinta?


Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan artis cantik Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah putus cinta disebabkan Pekin Playboy dan tidak serius! Betul ke hubungan pasangan kekasih Uqasha dan Pekin sudah berakhir? Wartawan sudah bertanyakan hal ini kepada Uqasha Senrose untuk mendapatkan kepastian mengenai gosip yang melanda pasangan ini!

Pekin+Ibrahim+-+Uqasha+Senrose+Putus+Cinta

Percintaan Artis Uqasha Senrose - Pekin Ibrahim

Timbul desas-desus yang mendakwa pasangan (Gambar) Uqasha Senrose dan (Gambar) Pekin Ibrahim telah putus cinta.Semua ini gara-gara sebuah gambar yang mengandungi ‘qoutes’ yang bertajuk ‘Letting Him Go’ yang dimuat naik di laman Instagram milik Uqasha dan status yang dimuatnaik di laman Twitter Uqasha yang berbunyi ‘Mental Breakdown’.

Kakak kepada Nelydia Senrose ini dikhabarkan juga hubungan pasangan ini berakhir gara-gara sikap Pekin sendiri yang tidak serius dalam perhubungan mereka. Kami menghubungi (Gambar) Nik Zaris Uqasha sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung gosip ini.
Uqasha+Senrose+Seksi+Hot+Artis

Uqasha Senrose Nafi Putus Cinta

“Hubungan saya dan Pekin sama seperti dahulu. Kami baik-baik sahaja dan hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Saya dan Pekin tiada apa-apa masalah. Saya saja mahu memuatnaik gambar yang mengandungi ‘qoutes’ tersebut. Cerita mengenai Pekin yang ‘memasang perempuan’ keliling pinggang dan tidak serius dalam perhubungan juga adalah tidak betul,” tutur Uqasha lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

“Mengenai status Twitter saya pula, biasalah, hari-hari saya menghadapi pelbagai perkara, sibuk dengan penggambaran, lagi-lagi sekarang ini kita semua sedang menjalani ibadah puasa, jadi kadang-kadang saya penat dan tertekan. Perkara itu tiada kena mengena dengan hubungan kami. Spekulasi yang dibuat tidak benar,” ulas kakak kepada aktres +nelydia senrose ini lagi.

Percintaan+Artis+Uqasha+Senrose+-+Pekin+Ibrahim

Gosip Uqasha Senrose - Pekin

Ketika diminta mengulas apakah perasannya apabila cerita sebegini menimpa dirinya, Uqasha hanya menganggap perkara ini cuma perkara kecil sahaja. 

“Perkara ini bukannya betul, jadi saya tak anggap perkara ini sebagai masalah besar. Biarlah apa orang mahu cakap, asalkan saya tahu perkara yang sebenar,” jelas pelakon filem ‘Paku Pontianak’ ini.

Dalam perkembangan terbaru, aktres manis ini tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa di bulan Ramadan. Uqasha kini sedang giat menjalani pengambaran drama berjudul ‘ Ratu Syahadah’ untuk siaran RTM dan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri istimewa sempena Ramadan arahan Rashid Sibir bertajuk ‘Tok Abah’ yang disiarkan di saluran Astro Oasis.

Uqasha dan Nelydia Senrose bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mereka sekeluarga berangkat pulang menyambut kemeriahan Syawal di kampung halaman mereka di Kelantan Darul Naim. - Portal Gua.

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Uqasha Senrose Di Facebook Twitter, Klik Link Dibawah:


VIDEO UQASHA SENROSE DAN ADIKNYA NELYDIA SENROSE

+Mohd Rohaizad berharap +Uqasha Senrose dan +Pekin Ibrahim banyak-banyak bersabar mengenai gosip hangat terkini yang dikatakan sudah putus cinta. Bila Uqasha dan Pekin hendak berkahwin? Sudah ada perancangan rasmi untuk membina rumahtangga tak? Kami harap Uqasha dan Pekin jangan bercinta terlalu lama sangat ya, takut menjadi seperti artis Iqram Dinzly yang frust menonggeng setelah Fouziah Gous bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.


PEKIN - UQASHA SENROSE PUTUS CINTA 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More