Gambar hiasan |
Guru terkenal dengan sifat mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni sebagai pendidik. Namun, sebaliknya pula berlaku di sebuah hotel di Birmingham, apabila seorang murid berusia 15 tahun diajak melakukan seks dengan gurunya sendiri berusia 63 tahun.
Tidak cukup dengan itu, guru terbabit dikenali sebagai William Hanna turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, untuk bersama dengan mereka dan menikmati ‘permainan’ terbabit. Tambah menjijikkan, Diane diminta oleh Hanna untuk merakamkan aksi seks guru terbabit dengan gadis berusia 15 tahun sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.
Kedua-dua suspek yang didakwa merogol dan melakukan seks dengan gadis bawah umur kini dikenakan hukuman penjara enam tahun. Kejadian yang berlaku pada 2010 itu disedari oleh ibu mangsa apabila beberapa gambar dan video pendek yang didakwa anaknya tersebar di Internet.
Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, pada mulanya dia melihat beberapa rakaman pendek seks video yang dikatakan membabitkan anaknya. Tidak lama selepas itu, dia yang memantau Facebook milik anaknya terkejut apabila mangsa dihubungi oleh seorang lelaki berusia 47 tahun.
“Mesej terbabit berbaur lucah. Malah, beberapa keping gambar mereka melakukan seks juga dikirim oleh lelaki itu yang dikenali sebagai Ian McGlasson.
“Sejak itu, saya mula mengetahui mengenai perkara terkutuk yang dilakukan mereka. Selama berbulan-bulan saya dihantui dengan pelbagai gambar dan video terbabit.
“Ketiga-tiga suspek dikatakan berada di dalam bilik hotel yang sama dan mengadakan hubungan seks dengan anak saya. Sepatutnya, mereka yang berusia hampir sama dengan saya dan layak digelar ibu dan bapa menjaga anak saya. Namun sebaliknya pula berlaku. Tambahan pula, suspek utama, Hanna adalah seorang pendidik. Ini tidak seharusnya berlaku. Ini adalah perbuatan yang cukup keji,” katanya.
Peguam bela kepada mangsa, Nicholas Cartwright berkata, kejadian terbabit berlaku di Etap Hotel, Birmingham. Menurutnya, hakim sudah menjatuhkan hukuman penjara kepada ketiga-tiga suspek.
“Identiti mangsa tidak didedahkan kerana faktor keselamatan. Bagaimanapun, ini bukan satu perkara yang harus didiamkan. Suspek utama, Hanna dikatakan membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum menjemput teman wanita dan seorang rakannya.
“Mereka kemudiannya melakukan seks dengan gadis terbabit. Walaupun pada mulanya dikatakan mangsa rela diperlakukan sebegitu, namun mangsa adalah gadis bawah umur dan dia tidak tahu apa-apa. Mungkin juga kerana didorong perasaan takut, dia merelakannya.
“Suspek utama iaitu seorang guru dikatakan akan pencen tidak lama lagi. Walaupun mangsa bukan salah seorang pelajar di sekolahnya, iaitu di Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham, suspek tetap bersalah dan memberikan contoh yang cukup keji kepada kanak-kanak itu,” katanya.
Hakim Mahkamah Tinggi Birmingham, Patrick Thomas berkata, guru terbabit dan rakannya tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas kenaifan mangsa. Suspek secara langsung sudah merosakkan gadis terbabit dan memberikan pengalaman buruk kepada mangsa ketika mangsa masih lagi kecil.
“Kamu (suspek) melayan gadis ini sebagai salah seorang hamba seks dan ia tidak sepatutnya berlaku. Dia bukanlah seorang gadis bermasalah atau memerlukan perlindungan daripada kamu tetapi kamu menggunakannya sebagai individu yang boleh kamu perlakukan sesuka hati.
“Secara sengaja, kamu membawa gadis ini ke dalam kancah seks sekali gus boleh merosakkan masa depannya. Bayangkan kalau mangsa menjadi ketagih terhadap seks, apakah yang akan terjadi kepadanya nanti?
“Menyentuh mengenai rakaman video itu pula, saya pasti ramai yang sudah menontonnya. Malah, mangsa juga tahu ada beberapa orang yang dikenalinya juga sudah menonton video terbabit. Apakah perasaan gadis ini sekarang? Moral dan maruahnya sudah tercalar gara-gara perbuatan kamu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham berkata, suspek ditahan polis pada November 2011 dan dia digantung daripada mengajar di sekolah terbabit serta-merta.
“Dia memalukan sekolah ini. Sebagai seorang guru veteran, dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya merosakkan moral gadis sebagai dengan anak muridnya,” katanya.
INFO:
Suspek: William Hanna, 63, Diane Whitehouse, 58, dan Ian McGlasson, 47
Lokasi kejadian: Birmingham, England
Mangsa: Seorang gadis (pelajar) berusia 15 tahun
Fakta Jenayah: William Hanna mengajak seorang gadis berusia 15 tahun melakukan seks dengannya di sebuah hotel. Kemudian, dia turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, dan rakannya, Ian McGlasson, 47, untuk menyertainya. Diane merakamkan aksi seks terbabit sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.
Fakta Kes: Suspek dihadapkan ke Mahkamah Birmingham selepas ibu mangsa terlihat video aksi seks membabitkan anaknya di Internet. Dia juga terkejut apabila seorang lelaki berusia 47 tahun menghantar mesej di Facebook milik anaknya dengan perkataan berbaur lucah dan mengaku sebagai teman lelakinya. Ibu mangsa akhirnya mendapatkan penjelasan daripada anaknya dan kemudian membuat laporan polis.
MyMetro

0 comments:
Post a Comment