Translate

Thursday, 20 June 2013

Panazz...Fasha Sandha Terkejut Bila Dimadukan Suami!


Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup tup  dapat tahu bahawa aktres Fasha Sandha telah dimadukan suaminya. Penulis pasti, sesiapun yang berada di tempat Fasha Sandha pastinya terkejut apabila berdepan dengan situasi ini.

Lebih-lebih lagi apabila dia telah dimadukan dengan seorang gadis yang jadi pilihan keluarga suaminya. Senang cakap, keluarga mentuanya yang aturkan perkahwinan tersebut.

Ishhh... Macam mana tu? Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan Fasha Sandha kala itu ya. Satu saja, permintaan Penulis iaitu semoga Fasha Sandha akan tabah untuk berhadapan dengan dugaan yang seperti ini.


Lebih-lebih lagi apabila suaminya yang kacak iaitu Aaron Aziz terpaksa mengahwini gadis muda bernama Anzalna dalam dalam drama Tentang Hati yang bakal ditayangkan di RTM bermula selepas raya ini.

Haaaa... korang semua. Isu Fasha Sandha dimadukan ini sebenarnya bakal anda saksikan dalam Tentang dia terbitan Global Network Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza.

Tentang Hati yang diterajui Fasha Sanda dengan Aaron Aziz ini turut dibantu Anzalna dengan Rusdi Ramli dan ia mengisahkan tentang situasi yang terpaksa dilalui Fasha Sandha apabila suaminya Aaroz Aziz dipaksa berkahwin dengan Anzalna oleh keluarganya.

Namun, keadaan itu berlaku kerana keluarga Aaron Aziz tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka itu telah pun mempunyai isteri kerana tanpa pengetahuan keluarga, dia dengan Fasha telah berkahwin senyap-senyap di luar negara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More