Menerusi laman Twitter petang semalam, agak kecoh juga bila nama Faizal Tahir "naik"
dan dikatakan telah digam oleh sebuah syarikat stesen televisyen tempatan yang katanya berpunca dari isu politik.
Berita tersebut sememangnya mengemparkan peminat Faizal Tahir sendiri, namun ianya belum disahkan lagi kerana tiada pihak yang tampil memberi kenyataan.
Walaupun begitu, Faizal Tahir yang menyedari akan isu ini masih dilihat bersikap seperti biasa dan masih sempat bergurau dengan peminatnya lagi. Apapun tunggu sajalah penjelasan dari Faizal Tahir atau pihak yang berkenaa sama ada benar atau tidak Faizal Tahir di gam kerana politik.
0 comments:
Post a Comment