Translate

Thursday, 27 June 2013

Ashraf Muslim Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin 2

Berdiam diri selama ini tidak beerti beliau mengiyakan segala dakwaan dan spekulasi yang melanda dirinya sejak pertengahan bulan lalu – beliau dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami. Namun bagi Ashraf Muslim, tindakannya enggan menjawab segala pertanyaan media kerana merasakan kontroversi itu lambat laun akan lenyap dengan sendirinya.
Namun kehadirannya pada majlis Seindah Ramadan TV3, yang diadakan di restoran Al-Rawsha petang semalam, akhirnya memaksa pelakon yang dulunya seorang pengamal perubatan Islam ini membuka mulut menjawab dakwaan dan persoalan yang timbul ekoran kontroversi tersebut.
ashraf-muslim-02
Ashraf mengakui kehidupannya agak tertekan dengan dugaan itu. Tak kurang beliau dan isterinya, Noor Dayana Lokman, berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada orang sekeliling. Lebih mengecewakan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gosip tersebut.
Namun Ashraf bersyukur kerana keluarga di sebelah pihaknya dan isterinya tahu akan hal sebenar. Sehingga kini perhubungan antara dia dan keluarga mertuanya masih lagi baik malah mereka memahami situasi Ashraf sebagai selebriti.
“Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya dah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi sukar kerana keadaan menjadi berbeza. Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Saya juga kecewa dengan orang yang tak tahu apa-apa fasal kami bercakap dan menyebarkan gosip tentang kami,” katanya.
Berkenaan dengan kenyataan daripada seorang gadis bernama Sakinah yang mengaku kepada sebuah akhbar bahwa dirinya mengenali Ashraf, aktor itu bagaimanapun berkata dia ada bertanyakan pada Sakinah mengenai hal tersebut, namun Sakinah memberitahu yang dia tidak membuat apa-apa kenyataan pada pihak media.
ashraf-muslim-03
“Saya ada tanya pada Sakinah tentang dia buat kenyataan, tapi dia kata dia tak buat apa-apa kenyataan di mana-mana akhbar. Jadi saya pun tak dari mana datangnya kenyataan yang dilaporkan itu”, ujarnya.
“Biarlah hal ini hanya keluarga saya isteri dan kelurga isteri saja yang tahu akan perkara sebenar. Tak perlu lah orang lain nak ambil tahu. Selama ini saya tidak mahu membuat kenyataan kerana saya perlu menjaga banyak hati. Hati isteri, ayah saya dan keluarga mertua. Kalau saya cakap nanti, lain pula yang jadi. Saya sayang isteri saya. Cukuplah hanya keluarga saya saja yang faham”, ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More