Menurut portal Murai Batu, Siti Nordiana dan Nubhan dikhabarkan telah pergi bercuti bersama di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun. Adakah ini menggambarkan mereka berdua sedang serius dalam hubungan cinta? Kalau tidak, takkan perlu bercuti nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia?
Apapun, pemergian Siti Nordiana dan Nubhan untuk bercuti ke pulau berkenaan sebenarnya ditemani oleh beberapa rakan lain. Yang peliknya, hanya mereka berdua yang berstatus selebriti manakala rakan yang lain ala-ala biasa.
Bagi admin, no problem kalau Siti Nordiana dan Nubhan serius bercinta kerana kedua-duanya masih solo dan belum berpunya. Lagi pun, Siti Nordiana hanya dua tahun lebih tua berbanding Nubhan. Memang serasi sangat.
0 comments:
Post a Comment