Translate

Monday, 24 June 2013

CINA DARI PARTI CINTA MALAYSIA BUAT LAPORAN POLIS TENTANG FACEBOOK HINA RASULULLAH S.A.W DAN ISLAM!!!!


Pada jam 4:06 petang tadi, seorang lelaki Cina telah membuat laporan polis berhubung satu mesej yang dipaparkan dalam FACEBOOK yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Pengadu dalam laporannya menyatakan pada 24 Jun 2013 lebih kurang jam 12:00 tengah hari semasa berada di rumahnya di Seberang Jaya, telah menerima satu mesej yang dipaparkan dalam FACEBOOK seperti di dalam lampiran yang dipaparkan.

Tujuan sebenar si pengadu membuat laporan polis adalah agar polis menyegerakan segala tindakan yang perlu.

Yang membuat laporan polis itu adalah HUAN CHENG GUAN yang merupakan Naib Presiden PCM merangkap Pengerusi NGO SEMUT.

Berikut adalah tulisan yang terdapat dalam akaun FACEBOOK yang dibuat laporan polis:

Islam adalah agama yang diciplak daripada agama Kristian. Nabi Muhammad adalah haiwan gila seks. Orang Islam yang melarang kahwin lebih dari 4. Sedangkan dia kahwin 6, Yang paling teruk adalah kahwin dengan Aishah seorang kanak-kanak 6 tahun. Agama dah agama ciplak dan Nabi Muhammad adalah haiwan gila seks. Jadi agama Islam adalah agama Islam adalah agama dajal.

Dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh Huan Cheng Guan dan dihadiri oleh pemberita daripada Utusan Malaysia dan KOSMO di hadapan Balai Polis Perai,  menyatakan:

a) Menyatakan beliau berasa kecewa dengan mesej dalam Facebook yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

(b) Menyatakan sebagai rakyat Malaysia harus menghormati semua bangsa dan agama dalam negara ini dan tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh perkara-perkara yang menyakiti hati orang dalam Facebook sehingga menimbulkan kemarahan orang lain.

(c) Menyatakan beliau telah menubuhkan satu NGO yang dikenali sebagai SEMUT iaitu SENSIBLE ETIKA MALAYSIA UNITED TROOPERS yang berfungsi memantau penulisan dalam Facebook kalangan kaum Cina.

(d) Menyatakan ramai di kalangan rakyat di negara ini salah guna kebebasan dengan menulis dalam FB apa yang mereka sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

(e) Menyatakan buat masa sekarang, NGO SEMUT mempunyai beberapa orang ahli sahaja dan akan didaftarkan tidak lama lagi.


Hasil siasatan awal mendapati seorang perempuan Cina yang dikenali nama SALLY TAN telah menghantar mesej dalam Facebook yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. Walau bagaimanapun pihak polis akan menyiasat secara terperinci mengenai pemilik akaun Facebook yang menghantar mesej berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More