Translate

Thursday, 11 July 2013

KILAFAIRY - HARDY HARTONO BERCINTA?


Betul Ke Kilafairy - Hardy Hartono Bercinta?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com telah lama tidak dengar gosip artis ala Angelina Jolie Malaysia, siapa lagi kalau bukan Kilafairy. Terkini khabar angin mengenai percintaan Kilafairy dan Hardy Hartono iaitu artis Indonesia. Betul ke Killafairy dilamun cinta? Hah! Menurut kenyataan rasmi Kilafairy menafikan tetapi tidak menolak andai ada jodoh bersama Hardy Hartono.

Kilafairy-seksi-hot-bertudung

Kisah Cinta Kilafairy - Hardy Hartono

Kesempatan bertemu dengan pelakon cantik (Gambar) Kilafairy telah memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan penjelasannya berhubung spekulasi yang mendakwa dia menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon tampan dari Indonesia, (Gambar) Hardy Hartono.

“Sebenarnya saya dan dia hanyalah kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kami berkenalan secara tidak sengaja apabila dia meminta no pin BBM (Blackberry Messenger) saya melalui jurumekap setelah dia melihat wajah saya di akhbar. Buar masa sekarang, saya tidak pernah ada apa-apa perasaan terhadap dirinya memandangkan saya dan dia sendiri tinggal di dua negara yang berbeza dan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Jadi saya rasakan dengan umur saya yang masih muda ini, tidak perlulah saya memikirkan soal percintaan kerana banyak lagi  perkara yang harus saya fikirkan. Saya harus fokus pada kerjaya dahulu,” ulasnya Kila yang ditemui di sesi rakaman program Raya, Karok Raya, terbitan RTM pada Isnin.

kilafairy-sedang-bercinta-dengan-hardy-hartono

Kilafairy Tidak Menolak Jika Jodoh Bersama Hardy Hartono

Bagaimanapun, Kila tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya bersama aktor tampan itu.

“Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya bersama dia, tetapi berharap bukanlah dalam jangka masa terdekat ini. Seperti apa yang saya katakan tadi, umur saya masih muda dan banyak lagi perkara yang harus saya pelajari dan saya berharap biarlah saya sukses dahulu dengan kerjaya,” ujar Kilafairy  lagi.

Butik Kilafairy Online

Sementara itu, Kilafairy yang baru pulang dari Australia turut berkongsi cerita tentang bisnes butik online yang diusahakan bersama kakaknya.

“Alhamdulillah, bisnes saya itu mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan pelanggan dan banyak juga tempahan yang kami terima sepanjang musim perayaan ini,” ujar Kila. - Portal Gua.com.my



VIDEO MUZIK KILAFAIRY - PASTI (OFFICIAL)

Mohd Rohaizad dan para peminat mendoakan semoga Kilafairy bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai dan serasi dengannya. Jika artis Indonesia, Hardy Hartono benar-benar mencintai Kilafairy, cubalah bersungguh-sungguh. Sehingga kini ramai juga orang VIP yang cuba melamar Kilafairy, namun kerjaya dalam industri hiburan masih belum dikecapi dengan kejayaan, mungkin selepas berjaya baru Kilafairy hendak berkahwin?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More