Pelakon Putri Salbiah Dituduh Menipu - Menyamar - Palsu Kad I/C
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkejut pelakon tahun 80-an yang terkenal dalam filem Keluarga 99 iaitu Putri Salbiah didakwa menipu berkaitan dengan hartanah melalui orang tengah yang juga merupakan rakan baiknya. Lebih mengejutkan Putri Salbiah dan rakannya itu menggunakan kad pengenalan IC palsu untuk mengelakkan orang mengecamnya.
Artis Terkenal Tahun 80-an Putri Salbiah Menipu
Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.
(Gambar) Putri Salbiah Megat Razalli, 49 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.
Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010.
Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.
Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.
Putri Salbiah Menyamar Guna IC Palsu
(Gambar Artis) Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.
Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.
Putri Salbiah Lari Ke Brunei Elak Ditangkap?
Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.
Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.
Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.
Pelakon Filem Ranjau Sepanjang Jalan - Keluarga 99
Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud.
Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour. - Mstar
VIDEO FILEM KELUARGA 99 - LAKONAN SALLEH YAACOB - PUTRI SALBIAH
Mohd Rohaizad - Penulis berharap Putri Salbiah dan kawannya insaflah dari membuat perbuatan menipu untuk mengejar kemewahan. Ramai sebenarnya artis Malaysia yang suka menipu dan ada yang melibatkan kes yang berprofil tinggi. Kes Putri Salbiah ini diharap menjadi pengajaran ke kita dan jangan cuba-cuba untuk menipu dan menganiaya orang demi wang ringgit.
PELAKON PUTRI SALBIAH MENIPU - PALSU I/C | Gambar Artis Malaysia | Gosip Hangat | Selebriti Sensasi Terkini
2 comments:
Ini harta pusaka keluagaku,,diharap dia akn menerima hukuman yg setimpal dengan perbuatannya menipu harta anak anqk yatim piatu,
Ini harta anak anak yatim piatu dye sebat...dye akn menerima hukuman yg setimpal dgn perbuatannya.syabas sprm dan pdrm
Post a Comment