Translate

Friday, 12 July 2013

Perompak Tebuk Dinding Larikan Barang Kemas Bernilai RM30,000



Sebuah kedai emas di Wakaf Bharu, Kelantan, dipecah masuk oleh perompak serta melarikan barang kemas bernilai RM30,000 selepas dindingnya ditebuk, awal pagi kelmarin. Kejadian itu disedari oleh pemiliknya, Che Zali Che Ahmad, 45, kira-kira jam 9.30 pagi ketika ingin membuka kedai tersebut.
“Ketika saya datang untuk membuka kedai emas tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun selepas diberitahu pemilik kedai baiki motosikal di sebelah kedai saya bahawa kedai saya dipecah masuk, saya terus bergegas masuk ke dalam kedai untuk memeriksanya.
“Saya memang terkejut apabila mendapati ada kesan tebukan di dinding dan beberapa bentuk cincin lesap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi memberitahu, kejadian pecah masuk kedai emas itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi kelmarin.
“Perompak masuk melalui kedai baiki motosikal dengan memotong mangga kedai tersebut sebelum menebuk dinding untuk masuk ke kedai emas yang berada di lot tengah bersebelahan kedai motosikal tersebut,” katanya.
Katanya, kedai motosikal dan kedai emas mangsa berdekatan dengan Pasar Wakaf Bharu itu hanya dipisahkan oleh papan nipis dan perompak pecah masuk ke kedai emas itu selepas menebuk dinding nipis itu.
Menurutnya, mangsa mengalami kerugian RM30,000 apabila beberapa bentuk cincin perak dan emas dilarikan perompak.
“Barang emas di dalam peti besi tidak diusiknya kerana berkunci. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More