Program Pencarian Selebriti Terunggul Gadis Muka Dua (GM2) - Dimenangi Sarah! | Tahniah
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah kepada semua peserta program Gadis Muka Dua (GM2) terutamanya kepada juara iaitu Sarah Marie. Rancangan ini mencari bakal artis selebriti yang bukan sahaja cantik tetapi serba boleh dalam pelbagai bidang dalam industri seni Malaysia. Pelbagai ujian dilakukan untuk memilih juara GM2, kebanyakan juri dan hakim yang terlibat memang profesional dalam pelbagai bidang dalam dunia hiburan Malaysia.
Tuah Gadis Melayu Kacukan Jerman - Sarah
Keyakinan dan jati diri tinggi serta persembahan konsisten sepanjang minggu ternyata memberi kelebihan kepada peserta dari Ampang, Selangor, (Gambar) Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, 22 tahun, dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak program pencarian selebriti terunggul Gadis Muka Dua (GM2) yang bersiaran di saluran Astro Ria 104, malam Ahad lalu.
Selepas lima minggu mengharungi cabaran ternyata tuah menyebelahi gadis kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat itu sekali gus berjaya menawan hati barisan juri untuk dipilih sebagai pemenang dan mengetepikan empat lagi finalis lain.
Dengan kemenangan itu, Sarah yang mendapat markah tertinggi sebanyak 135.1 markah membawa pulang kontrak pengurusan bernilai RM100,000, dua tiket penerbangan ke Paris tajaan AirFrance, barangan Rafflesia bernilai RM30,000 dan tajaan pembiayaan bernilai RM20,000 dari Snips Art Academy serta menghiasi enam muka surat majalah InTrend.
Secara peribadi, Sarah yang kelihatan sebak pada malam itu mengakui dia memang tidak menjangka kemenangannya pada malam itu.
“Terus terang, semua finalis GM2 musim pertama ini memiliki kelebihan masing-masing dan peserta yang paling memberikan saingan yang sengit pada saya sudah pasti She yang turut menyerlah sepanjang minggu. Namun, saya bersyukur kerana kemenangan akhirnya berpihak pada saya.
Sarah GM2 Bakal Berlakon Drama & Filem?
“Saya juga akan menjadikan GM2 sebagai platform untuk mengembangkan bakat dalam bidang lakonan ataupun pengacaraan selepas ini. Namun, janganlah menilai saya dari segi wajah kacukan saja tetapi biarlah ia seiring dengan bakat dipertaruhkan,” katanya.
Pada malam yang cukup bermakna itu, Sarah turut menerima kejutan apabila ibunya Che Arbi Hashim, 60 tahun, muncul di pentas untuk sama-sama berkongsi saat-saat manis kemenangannya itu.
“Saya juga memakai ‘skirt’ yang dihadiahkan emak untuk digayakan pada malam kemuncak ini. Soal hadiah percutian pula, sudah pasti saya akan membawa emak untuk bersama-sama menikmati percutian ke Paris nanti.
“Selain itu, saya juga merancang untuk menggunakan biasiwa Snips sepenuhnya sebagai persediaan lengkap untuk menceburi bidang seni tanah air selepas ini,” katanya.
Peserta dari Subang Jaya, Selangor, (Gambar) Siti Nursyahirah Nabila, 23, atau She yang mendapat markah sebanyak 134.5 markah nampaknya terpaksa berpuas hati dengan sekadar menduduki tempat kedua GM2 serta membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM20,000.
She Naib Juara GM2 - Kalah Tipis Kepada Sarah
Walaupun kalah tipis pada Sarah, She tidak kecewa dengan kekalahannya itu sebaliknya akur dengan keputusan barisan juri berkenaan.
Walaupun kalah tipis saya harap semua orang nampak bakat saya kerana selain modeling saya juga boleh berlakon dan mengacara.
"Saya sudah menjangka Sarah menang dan ia memang rezekinya. Pada masa sama, saya juga baru habis bengkel sehari bersama Pak Nil. Apapun, saya harap ade peluang untuk menceburi bidang seni selepas ini." katanya.
Peserta dari Tawau, Sabah, (Gambar) Alia Afiqah Abden (Lia), 21 tahun, (108.95 markah), pula menduduki tempat ketiga dan turut membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM10,000.
Manakala, dua lagi peserta Top 5 GM2 iaitu Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra) 21 (107.75 peratus) dari Setapak, Kuala Lumpur sekadar berpuas hati dengan tempat keempat dan Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22 (103.05) dari Subang Jaya, Selangor pula tempat kelima. Keputusan barisan pemenang GM2 pada malam itu diumumkan pengacara, Awal Ashaari.
Sarah Miliki Ciri-Ciri Gadis Yang Dicari
Setiap juri memiliki pendapat dan peserta pilihan masing-masing untuk di nobatkan sebagai pemenang. Itulah yang dapat disaksikan bila barisan juri tetap, Datin Sofia Jane, Zaihani Zain serta juri jemputan, Bill Bora bila diminta memberi komen persembahan peserta membabitkan dua cabaran akhir GM2 iaitu bertemakan ‘avant garde’ dan ‘tergantung’ berlatar belakang bangunan KLCC serta memperagakan busana rekaan pereka terkenal, Azura Azwa sempena majlis bertemakan ‘Amazing Red, kurung, kebaya & hijab’ yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meskipun ada pertelagahan pendapat antara Bill dan Zaihani, namun, masing-masing tetap sepakat memilih Sarah sebagai juara GM2 musim pertama ini.
Mengulas kemenangan Sarah, Bill berkata, berbanding peserta lain, Sarah memang memiliki ciri-ciri yang dicari dalam program GM2 iaitu pakej lengkap untuk diketengahkan dalam bidang seni.
“Bukan saja tampil yakin ketika cabaran akhir di pentas ‘catwalk’ dan ketika ‘tergantung untuk tema avant garde’, dia juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar aktres terkenal satu hari nanti.
“She juga memiliki pakej dan kelebihan yang tiada pada peserta lain. Saya nampak She lebih ke arah bidang peragaan dengan ketinggian dan wajah fotogenik serta mampu menjadi model terkenal satu hari nanti,” katanya.
Rancangan Realiti Pencarian Artis Selebriti Cantik dan Serba Boleh
Pada malam kemuncak GM2, semua peserta Top 5 mendapat sentuhan tata rias tajaan Snips. Selepas lima minggu melalui pelbagai cabaran dari segi solekan, fesyen, peragaan, Cover Girl dan lakonan, peserta tampil lebih anggun dan bersedia untuk meletakkan diri mereka sebaris dengan golongan selebriti di luar sana.
Rancangan terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Sedania ini menjanjikan satu kelainan konsep realiti TV dengan mencari artis yang bukan saja memiliki rupa paras yang cantik tetapi pelbagai kebolehan untuk diketengahkan dalam bidang seni.
Ia turut mendapat penajaan lokasi dari Pusat Konvensyen SP Setia dan Local Sim Kad. - HMetro Online
SARAH JUARA GM2 - GADIS MUKA DUA | TAHNIAH | Gambar Artis Malaysia | Gosip Hangat | Selebriti Sensasi Terkini
0 comments:
Post a Comment