Translate

Monday 15 July 2013

Khairi Belum Puas Hati Isu 2 Ekor Mangkuk!



Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda Ramadan dan agama Islam menerusi sekeping gambar yang dimuatkan di laman Facebook mereka tidak seharusnya dibebaskan begitu sahaja.


Sebaliknya, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin, pasangan itu sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana perlakuan mereka yang mempersenda Ramadan dan umat Islam di laman sosial itu sangat serius.


"Jika Alvin dan Vivian dilepaskan begitu sahaja, rakyat akan mendapat isyarat salah dan akan menyangka bahawa mereka juga boleh terlepas seperti pasangan itu jika mempermainkan isu-isu sensitif yang menyentuh keharmonian negara," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai BN Job Fair 2013 di sini hari ini. Pameran kerjaya anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu akan berlangsung pada 27 hingga 29 September ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu mengulas pasangan Kelvin dan Vivian yang hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini untuk memberikan keterangan berhubung penyiaran gambar tersebut.

Pasangan itu dilaporkan telah memuatkan naik permohonan maaf mereka kepada umat Islam menerusi satu klip video di YouTube.

Khairy berkata, Pemuda UMNO tidak nampak sebarang alasan untuk pasangan tersebut dilepaskan memandangkan semua bukti kesalahan yang mereka lakukan jelas di depan mata.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More