Translate

Monday 15 July 2013

Umat Islam Di China DiLarang Berpuasa





Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang mereka menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan sejak Selasa lalu.

Beijing mengenakan sekatan tertentu selepas rusuhan meletus di wilayah terbabit dan ia menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di masjid dan selain turut menjejaskan puasa mereka pada siang hari.

Pelajar sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa atas alasan kesihatan” Luo Fuyong, Jurucakap Wilayah Xinjiang.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxadi Rexiti mendedahkan pegawai kerajaan masuk ke rumah penduduk Uighur dan memberikan mereka buah-buahan dan minuman ketika siang hari sedangkan mereka sedang berpuasa.




LARANGAN BERKUMPUL

Pihak berkuasa juga melarang sesi bacaan teks agama dan memantau tempat ibadat termasuk memerhati semua masjid selama 24 jam di Karamay, lapor Karamay Daily.

Pegawai Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF), Dr Katrina Lantos Swett, berkata langkah berkenaan tidak akan membantu menghalang pergolakan etnik. “Dilancarkan atas nama kestabilan dan keselamatan, kempen penindasan terhadap penduduk Islam Uighur oleh Beijing, termasuk menyasarkan perhimpunan aman persendirian bagi pengajian agama,” kata Lantos Swett.

“Tindakan itu tidak akan membawa kestabilan dan keselamatan sebaliknya lebih menyebabkan ketidakstabilan dan keadaan tidak selamat.”

Jurucakap Wilayah Xinjiang, Luo Fuyong menafikan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada penduduk Islam wilayah itu melaksanakan ibadat Ramadan.

“Kami hormati kepercayaan agama dan budaya (Uighur), ini jelas,” kata Luo.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelajar Uighur terutama di sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa di bulan Ramadan atas alasan kesihatan.

RAMAI KENA PENJARA
Dalam laporan tahunan USCIRF, penduduk Islam Uighur terus dipenjara kerana melaksanakan aktiviti agama. Kakitangan kerajaan, profesor dan pelajar didenda kerana berpuasa.

Satu lagi laporan Persatuan Uighur Amerika di Washington pada April lalu menyebut, seorang pemilik restoran Uighur dari Hotan berkata, Ramadan disifatkan sebagai peluang untuk membaiki dan mengubahsuai perniagaan. Sebarang restoran ditutup untuk dibaiki pada bulan puasa akan didenda. - AGENSI

p/s:Umat islam ditentang dengan pelbagai cara namun oleh kerana ISLAM itu AGAMA yang BENAR maka setiap saat, setiap minit setiap jam setiap hari setiap minggu setiap bulan setiap tahun AGAMA ISLAM terus berkembang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More