Translate

Monday 15 July 2013

Kokain Santan Kelapa Bernilai RM22 Juta Dirampas


Sindiket antarabangsa kini dikesan melarutkan serbuk kokain menjadi cecair dan dicampur dengan santan segera sebelum dieksport ke negara destinasi.
Modus operandi terbaru itu dikesan selepas polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 16 karton berisi 384 tin santan kelapa yang dicampurkan dengan dadah berkenaan yang dianggar bernilai RM22 juta.
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 2 pagi, 11 Julai lalu di Pelabuhan Klang itu mendapati dadah itu diproses menjadi cecair terlebih dulu sebelum dicampur dengan bahan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata berdasarkan maklumat daripada Penguatkuasaan Pentadbiran Anti Dadah Amerika Syarikat (USDEA), pihaknya bekerjasama dengan Kastam Selangor untuk memintas sebuah kapal yang mengangkut barangan terbabit.
Katanya, kapal yang berlepas dari negara Guyana menuju ke Mozambique itu berhenti di Pelabuhan Klang untuk memindahkan kontena bermuatan 980 karton berisi tin mengandungi santan kelapa dan ketulan nanas.
Selepas pemeriksaan terhadap kontena itu dijalankan, didapati sebanyak 16 karton daripada keseluruhan muatan yang berisi santan kelapa memiliki larutan kokain.
Pemeriksaan oleh Jabatan Kimia dan Forensik polis turut mendapati setengah daripada isi kandungan tin terbabit adalah campuran larutan dadah itu yang dianggarkan seberat 76 kilogram, katanya di Bukit Aman, semalam.
Katanya, rampasan dibuat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan ketika serbuan dibuat.
Siasatan awal PDRM mendapati, warga tempatan tidak mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa ini dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mematahkan sindiket ini, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More