Translate

Thursday 18 July 2013

Zain Saidin Tak Sabar Beraya Bersama Keluarga Che Ta



Pelakon Zain Saidin mengatakan dia akan meluangkan masa pada lebaran nanti untuk beraya di kampung halaman kekasihnya, Rozita Che Wan atau Che Ta yang terletak di Alor Star, Kedah.
“Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti,” katanya.
Bercakap mengenai persiapan perkahwinannya, Zain masih lagi berteka-teki bilakah tarikh majlis istimewanya itu akan dilangsungkan.
Namun, pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini ada berkongsi mengenai tema majlis perkahwinan yang idamkannya iaitu ala perkahwinan dalam taman.
“Saya lebih tertarik untuk mengetengahkan perkahwinan ‘outdoor’ tetapi maklumlah cuaca kadangkalanya tidaklah begitu baik dan ini akan menjejaskan hari persandingan yang kelak. Walaubagaimanapun, saya memang suka untuk membuat satu tema perkahwinan dalam taman, kerana ia begitu unik dan sempoi.
“Apapun saya kena menunggu pihak perempuan kerana merekalah yang menguruskan persiapan untuk perkahwinan saya ini dan terpulanglah pada meraka apa yang mereka mahukan, dan saya hanya mengikuti apa yang terbaik buat kami berdua,” jelasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More