Translate

Thursday, 13 June 2013

Dato Siti Nurhaliza mahu ke Gaza ?




SITI tidak gentar untuk ke Gaza, Palestin.
SEBELUM ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pernah berhasrat untuk bercuti ke Jerman bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bagi merehatkan diri.
Selain bercuti, kemungkinan Datuk K akan menjalani rawatan fisioterapi di sana.
Begitupun, perkara itu tidak menjadi dan terkini, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyimpan hasrat untuk ke wilayah Gaza di Palestin.
Hasrat itu sudah lama diimpikan penyanyi berusia 34 tahun itu selepas tersentuh melihat rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak yang hidup menderita akibat kezaliman rejim Zionis.
Siti juga berharap impiannya itu tertunai dengan segera. Kepada Kosmo! Siti melanjutkan perbualannya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Rebuild Gaza For A Nation di Hotel De Palma, Ampang, Selangor baru-baru ini.
Kosmo!: Kenapakah Siti tidak jadi ke Jerman bersama suami?
Sebelum ini memang Siti pernah berhasrat untuk ke Jerman. Bercuti dan dalam masa yang sama suami boleh menjalani fisioterapi di sana. Namun selepas mendapati fasiliti di Malaysia juga bagus, maka kami tidak jadi ke sana (Jerman).
Khabarnya Siti berhasrat untuk ke Gaza?
Sudah lama sebenarnya Siti mahu ke Gaza bagi melihat sendiri penderitaan rakyat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan. (Pelakon) Afdlin Shauki sebelum ini pernah mengajak Siti ke sana tetapi malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan.
Jadi, bilakah hasrat Siti ke Gaza itu akan terlaksana?
SITI dan Rabbani bergabung untuk majlis makan malam Rebuild Gaza For A Nation yang dijadualkan pada 29 Jun ini.

 

Siti perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu untuk meminta izin daripadanya. Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (akibat ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu).
Tidakkah Siti berasa gentar untuk ke Gaza?
Kepada Allah Siti berserah segalanya. Apa yang Siti lihat rakan artis lain yang ke Gaza tidak mengalami sebarang kesulitan. Kalau hendak meninggal dunia sekali pun tidak sahaja di Gaza, di Malaysia juga boleh meninggal.
Apakah persediaan Siti untuk ke Gaza?
Ibarat kita ke sana untuk berjihad, jadi Siti kena sentiasa bersiap sedia. Buat masa ini Siti turut membantu sebanyak yang boleh untuk rakyat di sana.
Apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan?
Sebagai langkah membantu rakyat Gaza, Siti bersama-sama kumpulan nasyid Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung di Hotel De Palma, Ampang pada 29 Jun ini.
Bolehkah cerita lebih lanjut mengenai majlis tersebut?
Majlis tersebut adalah usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn. Bhd. bagi mengumpul dan membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk angkara serangan Zionis Israel.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More