Translate

Saturday, 15 June 2013

Seni kopi 3D dari Kazuki Yamamoto (video)

Antara hasil seni buih susu yang dihasilkan oleh Kazuki Yamamoto dalam masa lima minit sahaja yang hanya menggunakan tangan dan pencungkil gigi.
Antara hasil seni buih susu yang dihasilkan oleh Kazuki Yamamoto
dalam masa lima minit sahaja yang hanya menggunakan tangan dan
pencungkil gigi. 


Kopi buih pelbagai bentuk jadi tarikan di Cafe10g 

OSAKA - Pelbagai cara digunakan oleh pemilik kafe untuk menarik orang ramai berkunjung ke kedai mereka, termasuk sebuah kafe di sini yang menyajikan minuman kopi disertakan buih susu bermacam bentuk untuk menarik pelanggan. 

Seorang artis, Kazuki Yamamoto diberi tanggungjawab untuk menghasilkan pelbagai bentuk buih susu di Cafe10g, di sini dalam setiap cawan kopi yang dihidangkan di kafe itu. 

Antara bentuk yang dihasilkan oleh Yamamoto ialah buih arnab, badak air, kucing dan zirafah. 

Dengan hanya menggunakan tangan dan pencungkil gigi, Yamamoto, 26, bukan sahaja dapat menghasilkan bentuk buih haiwan yang comel, malah ia turut kelihatan seperti objek 3D. 

Yamamoto berkata, dia mengambil masa antara tiga dan lima minit untuk menghasilkan pelbagai bentuk buih bagi setiap cawan kopi. 

Selain buih berbentuk haiwan, Yamamoto pernah menghasilkan buih berupa bintang pop Korea, Psy dan beberapa karakter kartun Disney termasuk Mickey Mouse, Goofy dan Pinocchio. [Sumber



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More