Translate

Tuesday, 11 June 2013

WANITA PALING TUA DI DUNIA MENINGGAL DUNIA


LONGHONG - Seorang wanita China berusia 127 tahun yang didakwa oleh beberapa pegawai di negara itu sebagai wanita tertua di dunia telah meninggal dunia pada hujung minggu lalu.

Kematian wanita tersebut, Luo Meizhen didedahkan oleh beberapa orang saudaranya semalam.
Satu dokumen rasmi menyatakan Meizhen telah dilahirkan pada tahun 1885, sekali gus menjadikan dia sebagai wanita paling lama pernah hidup di dunia.

Seorang anak lelakinya, Huang Youhe menyatakan, ibunya telah meninggal dunia pada hujung minggu lalu selepas beberapa bulan dia jatuh sakit.

Tarikh lahir itu mungkin menjadikan dia sebagai wanita tertua di dunia mengatasi seorang warga emas Jepun, Jiroemon Kimura yang meninggal pada usia 116 tahun.

Kesangsian turut didorong dengan kenyataan seorang anak Meizhen yang memberitahu, dia dilahirkan oleh ibunya ketika wanita itu berusia 61 tahun.

Menurut Guinness World Records, manusia paling tua pernah hidup di dunia ialah Jeanne Calment dari Perancis yang berusia 122 tahun dan 164 hari.

Dia meninggal dunia pada tahun 1997.

Agensi berita rasmi China, Xinhua turut melaporkan tentang sambutan hari lahir yang ke-127 wanita tersebut di laman webnya pada Oktober lalu sekali gus menggambarkan dia sebagai wanita tertua di China.

Wanita berkenaan bekerja sebagai petani sepanjang hidupnya dan telah melahirkan lima orang anak.

Dia turut mempunyai beberapa cicit di Kampung Longhong, di Guangxi, wilayah selatan China.

Beberapa saudaranya menyatakan mayatnya akan disimpan di sebuah gunung dekat dengan rumah mereka.

Menurut mereka, mayatnya itu akan dikebumikan pada satu tarikh yang dianggap bertuah pada lewat bulan ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More