Ibu buang bayi sendiri dalam salur sampah flat
Jaymin Abdulrahman

Seorang wanita cuba membunuh bayi perempuannya yang baru berusia enam hari 
dengan membuang menerusi salur sampah setinggi  lebih 40 kaki.
 
Wanita dikenali sebagai Jaymin Abdulrahman, 25 didakwa di mahkamah 
Birmingham, semalam kerana  membuang bayinya dengan meletakkannya 
dalam pelongsor sampah dari flatnya di tingkat lima.

Ibu buang bayi sendiri dalam salur sampah flat  
Jaymin cuba membunuh bayi perempuannya yang baru berusia enam hari dengan 
membuang menerusi salur sampah setinggi lebih 40 kaki. -Foto Ihsan www.
dailymail.co.uk


Bayi itu kemudian ditemui bapanya sendiri keesokan hari selepas dibuang dalam 
keadaan tidak bermaya. Bayi itu kemudian disahkan mengalami kerosakan otak 
dan juga keretakan pada tengkorak.

Jaymin pada mulanya memberitahu bayinya diculik dan menafikan dakwaan 
cubaan membunuh yang dikenakan ke atasnya. Kes beliau dibacakan di  Birmingham 
Crown Court, semalam.