Translate

Friday, 14 June 2013

Senarai Selebriti Luar Negara Yang Popular Atas Negara Lain


Wajah dan perwatakan mereka mungkin sama dengan klise rakyat negara
 di mana mereka mula menempa nama. Namun begitu, sesetengah artis yang anda 
kini kenali bukanlah warga asal dan hanya menerima taraf kerakyatan 
melalui usaha dan bukan kelahiran.
Kami senaraikan selebriti luar yang kini lebih gah dari dan popular dari 
warganegara asal.

Nicki Minaj
Ya, gayanya yang ekstravaganza dan tabiatnya mencari gaduh dengan artis 
lain seperti Lil Kim dan Mariah Carey tidak ubah seperti sesetengah 
penyanyi rap Amerika lain. Namun begitu, artis rap yang terkenal dengan
 lagu "Stupid Hoe" ini dilahirkan di negara pulau kecil Trinidad & Tobago 
dengan nama sebenar Onika Tanya Maraj.
Nicki mengikut ibu bapanya yang berdarah keturunan India dan Trinidad 
ke New York pada usia lima tahun dan mula berjinak-jinak dengan seni 
persembahan. Kini dia merupakan satu daripada juri tetap "American Idol" 
bersama bintang-bintang ternama yang lain.

Jim Carrey
Kebanyakan pelawak terkenal di Amerika berasal dari Kanada. Begitu 
juga dengan pelakon komedi, Jim Carrey. Dilahirkan di Ontario, Carey yang 
hidup susah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai penjaga 
bangunan untuk menyara keluarganya.
Kalau bukan kerana bakatnya menarik perhatian pelawak Rodney 
Dangerfield yang memperkenalkan Carey di Hollywood pada tahun 1982, 
pastinya Carey masih lagi di Kanada sekarang ini, masih menjaga bangunan 
atau menjadi pelawak kecil-kecilan.



Mila Kunis
Tahukah anda? Ketika Mila Kunis menceburkan diri dalam dunia hiburan 
melalui sitkom "That 70's Show" dan melakonkan watak gadis All-American 
Jackie Burkhart yang berusia 16 tahun, dia sendiri hanya berusia 13 tahun 
ketika itu. Oh, dan dia juga bukan "All American", tetapi merupakan 
warganegara Ukraine yang baru berhijrah ke Amerika.
Kunis dan keluarganya berpindah ke Los Angeles pada tahun 1991 ketika 
dia berusia tujuh tahun untuk membebaskan diri dari budaya Anti-Semitik 
kerajaan Ukraine pada waktu itu.




Natalie Portman
Adakalanya dia berlakon sebagai seorang aristokrat British, adakalanya 
sebagai gadis Amerika yang tipikal. Namun begitu, Natalie Portman 
(atau nama sebenarnya Natalie Hershlag) yang berbangsa yahudi sebenarnya 
berasal dari Jerusalem, Israel.
Keluarganya melarikan diri ke Israel selepas Perang Dunia II dan kemudian 
berhijrah ke Washington D.C. ketika Natalie berusia tiga tahun. Bintang 
"Black Swan" yang juga lulusan Harvard ini sekarang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Israel dan Amerika.

Gene Simmons
Apa perbezaan Natalie Portman dan Gene Simmons? Seorang pelakon 
Hollywood dan seorang lagi legenda rock 70-an. Apa persamaan mereka? 
Pemain bas dan vokalis kumpulan KISS ini juga berasal dari Israel.
Gene dilahirkan di Chaim Witz dan mengikut ibunya berhijrah ke Amerika 
ketika berusia lapan tahun. Dia diberikan taraf kewarganegaraan pada tahun 
1963 dan melakukan banyak kerja untuk menyara hidup keluarga sebelum 
muncul dengan kumpulan KISS pada tahun 1974.


Mischa Barton
Sesiapa pun akan percaya bintang "The O.C." Mischa Barton merupakan 
seorang gadis tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di Orange County. 
Namun begitu, Barton sebenarnya dilahirkan di West London dan keluarganya
 hanya berpindah ke New York ketika dia berusia enam tahun.
Malah, pada tahun 2006, Barton mendapat taraf kewarganegaraan 
di kedua-dua buah negara kerana beranggapan dirinya lebih selesa di England.


Arnold Schwarzenegger
Dia mungkin bekas Gabenor California dan banyak melakonkan watak 
wira tipikal Hollywood, namun dari loghatnya saja anda boleh agak yang Schwarzenegger bukan penduduk asal Amerika Syarikat.
Sekalipun mendapat status warganegara pada tahun 1983, pelakon 
"Terminator" ini dilahirkan di Austria pada tahun 1947. Namun begitu, 
Schwarzenegger mula menempa nama di Amerika Syarikat melalui sukan 
bina badan, dan memenangi gelaran Mr. Olympia sebanyak tujuh kali. Filem pertamanya, "Hercules in New York" memperkenalkan Schwarzennegger 
ke dunia perfileman Hollywood dengan nama Arnold Strong "Mr Universe".


Pamela Anderson
Playboy Playmate, rambut perang, mata yang galak, obses dengan Botox 
dan payudara buatan. Itu tidak ubah seperti klise wanita pantai California, 
bukan? Itu jugalah sangkaan ramai apabila mereka melihat Pamela Anderson.
Namun begitu, bintang "Barb Wire" ini sebenarnya dilahirkan di British 
Columbia, Kanada dan mewarisi darah keturunan Rusia dan Finland. 
Pamela juga mempunyai dua kewarganegaraan; Kanada dan juga 
Amerika Syarikat. Kerjayanya sebagai pelakon, model dan gadis 
Playboy bermula selepas wakil Playboy tertarik dengan kecantikannya 
ketika melihatnya di sebuah perlawanan bola sepak di 
Vancouver pada tahun 1989.


Datuk Maria Menado
Sekalipun digelar wanita tercantik Malaya oleh Times Magazine, 
Datuk Maria bukan asalnya dari Tanah Melayu. Beliau yang dilahirkan 
dengan nama sebenar Liesbet Dotulong dilahirkan pada 2 Februari 1932, 
di Tonsea, Minahasa, Manado di Sulawesi Utara dan membesar di Makassar 
(Ujung Padang) dalam jagaan ibu dan bapa saudaranya selepas kematian 
ibu bapanya. Kemudian, mereka berpindah pula ke Jakarta akibat pertempuran 
antara Belanda dan pejuang nasionalis.
Pada usia 17 tahun, dia menerima tawaran untuk memperaga kebaya 
di Singapura kerana memiliki kejelitaan dan tubuh badan yang menawan. 
Dari situlah dia memulakan kerjaya lakonannya dan mula popular 
melalui filem-filem seperti "Pontianak" dan "Raja Bersiong".

Datuk Aziz Sattar
Antara pelakon veteran paling dihormati di Malaysia, ikon komedia dan 
bintang "Bujang Lapok" Datuk Aziz Sattar sebenarnya dilahirkan di Pakalongan,
 Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos, 1925.
Beliau hanya berpindah ke Singapura ketika berusia tiga tahun mengikuti 
keluarganya dan membesar di Pasir Panjang. Di sanalah Datuk Aziz 
diperkenalkan dan berkawan dengan dua pelakon Studio Jalan Ampas, 
Salleh Kamil dan Shariff Dol.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More