Anda mungkin telah melihat foto-foto dari Concurs de Castells, pertandingan menara manusia yangdiadakan di wilayah Catalonia, Sepanyol.
Seorang jurugambar bernama David Oliete berjaya mendapatkan perspektif foto yang cukup unik pada tahun 2012, iaitu mengambil gambar keseluruhan acara dari arah atas atau kedudukan atasudara.
Kerumunan manusia yang berusaha untuk membuat tower terdiri dari ratusan lelaki, wanita, danbahkan kanak-kanak, saling mendorong maju dalam suasana yang sesak untuk membina menaramanusia terbaik mereka.
Foto-foto yang dihasilkan menggambarkan bentuk biologi yang mengingatkan kita kepada seranggaatau bahkan sel-sel haiwan yang mulai terbentuk.
Pertandingan menara manusia yang paling penting ini disebut dengan "Concurs de Castells" dan pertandingan ini bertempat di kotaTarragona sekali dalam dua tahun.
Penyelenggaraan pertandingan edisi yang ke XXIV berlangsung pada tarikh 6 dan 7 October 2012dengan penyertaan 32 pasukan dari seluruh wilayah Catalonia dan penonton langsung sebanyak 20,000orang.
Dalam pertandingan ini semakin tinggi dan sukar menara yang dibina maka semakin banyak matapasukan yang di dapat. Setiap tower manusia biasanya tingginya sekitar 6 hingga sepuluh peringkat.
Satu pasukan terdiri daripada 100 hingga 500 lelaki dan wanita. Peserta yang muda dan mempunyaiberat yang ringan akan membentuk puncak tower, sementara peserta yang berat akan membentukdasar tower.
"Concurs de Castells" telah menjadi salah satu tradisi budaya yang paling penting di Catalonia selama lebih dari 200 tahun. Kekuatan, keseimbangan, keberanian dan fikiran yang sihat adalah motto daripertandingan ini.
Pada tahun 2010 "Concurs de Castells" dinyatakan oleh UNESCO sebagai "Masterpieces of the Oral andIntangible Heritage of Humanity".sumber
0 comments:
Post a Comment